Blogger
Al-Wehdah ( Wahdah Pemangkin Khaira Ummah )
On Blogger since: April 2009
Profile views: 1,041

My blogs

About me

IndustryReligion
LocationPEKAN, PAHANG, Malaysia
IntroductionJabatan Agama Islam Negeri Pahang Darul Makmur (JAIP) adalah salah sebuah dari Jabatan/Pejabat Kerajaan Negeri di Negeri Pahang Darul Makmur dan beribu pejabat di Pekan . Jabatan Agama Islam Negeri Pahang ditubuhkan pada tahun 1926, dikenali dengan nama Majlis Anggota Islam. Pada masa itu pengurusannya terletak di bawah tanggungjawab Tengku Besar Pahang, Al-Marhum Yang Amat Mulia Tengku Besar Sulaiman Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad dilantik sebagai ketuanya yang pertama. Ia mula beroperasi di sebuah bangunan kayu yang kecil berhampiran dengan tempat kediaman Al-Marhum. Kemudian pejabatnya dipindahkan ke Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sehingga akhir tahun 1951, seterusnya ia dipindahkan pula ke Balai Hinggap di pinggir sungai di Pekan Lama, Pekan. Pada 25 Mei 1973, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang telah dengan rasminya ditempatkan di bangunan sekarang ini.
InterestsPengarah JUSA C YH. Dato' Hj. Abdul Manan bin Abdul Rahman, DIMP., KMN., AAP., AMP., PJK. Timbalan Pengarah :- Tuan Hj.Mohd Ghazali bin Abdul Aziz, AMP. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah:- Hj. Md Fazi bin Ismaon, AAP., AMP., PKC. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Syariah:- Tn. Hj. Mohamed Abdul Qahar bin Abdul Aziz. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan:- Hajjah Ramlah bt. Lani Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan:- Tn. Hj. Ahmad b. Othman Ketua Penolong Pengarah :-Bahagian Penyelidikan En. Zakaria b. Mohamed Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid:- Tn. Hj. Ahmad Raffli b. Abdul Malek Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan :- Dato' Abdul Rahim b. Jaafar Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan :- En. Murad b. Dato' Hj. Mutalib
Favorite moviesVISI JABATAN AGAMA ISLAM :- Melahirkan masyarakat Madani yang menjadikan Islam satu cara hidup yang sempurna serta memahami dan menghayati ajaran Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan As Sunnah. MISI JABATAN :- Mengurus dan membangunkan masyarakat Madani melalui Dakwah, Undang-undang Syariah, Penyelidikan, Pendidikan, Penguatkuasaan dan Pendakwaan ke arah melahirkan masyarakat terbilang dari segi intelek dan rohani mengikut Al-Quran dan As-Sunnah. PIAGAM PELANGGAN :- 1. Membimbing manusia ke arah keimanan kepada Allah SWT. 2. Memimpin masyarakat ke arah hidup bertakwa 3. Mendidik generasi berilmu, beramal dan berakhlak mulia 4. Membasmi kemungkaran dan ajaran sesat 5. Mewujudkan pentadbiran dan pembangunan berorientasikan Islam. 6.Membina keluarga bahagia yang istiqamah dengan Islam 7.Melahirkan suasana harmoni dan ukhwah Islamiah di kalangan masyarakat.
Favorite musicOBJEKTIF JABATAN OBJEKTIF JABATAN 1.Melahirkan masyarakat Madani yang menjadikan Islam suatu cara hidup yang sempurna serta memahami dan menghayati ajaran Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan As Sunnah. 2.Menegakkan keadilan mengikut hukum-hukum Islam dan bidangkuasa yang diperuntukkan di dalam undang-undang. 3.Memelihara kesucian agama Islam, penganutnya dan institusi-institusi keagamaan daripada ancaman, penyelewengan dan pencerobohan. 4.Meningkatkan mutu pengetahuan, kemahiran dan penghayatan Islam secara bersistematik, efisyen dan berkesan. 5.Menyemarakkan pembangunan fizikal, kerohanian dan spiritual dalam melahirkan individu, keluarga dan ummah yang berketrampilan, agresif dan proaktif.
Favorite booksFUNGSI JABATAN 1.Melaksanakan dasar yang diputuskan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan Kerajaan serta mengikut peraturan-peraturan yang terkandung dalam enakmen-enakmen yang berkaitan dengan agama Islam negeri Pahang. 2.Merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan fizikal dan sumber manusia dengan pengurusan yang bersistem, berkesan dan berkualiti. 3.Merancang dan melaksanakan program-program pembangunan ummah dari segi intelek dan kerohanian di negeri Pahang. 4.Menguatkuasakan undang-undang agama Islam secara efisyen di dalam melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar. 5.Merancang, menyelaras dan mentadbir pengurusan institusi pendidikan agama Islam negeri Pahang bagi melahirkan insan kamil. 6.Merancang program-program pembangunan institusi keluarga bahagia mengikut hukum syarak dan Undang-Undang Keluarga Islam Pahang. 7.Membuat kajian dan penilaian terhadap isu hal ehwal islam negeri Pahang yang berkaitan dengan aqidah, syariah, moral, sosial, bahan-bahan terbitan, pemakanan dan lain-lain. 8.Mengumpul dan menganalisa data dan maklumat bagi kepentingan keberkesanan produktiviti pengurusan
Google apps
Main menu