PERSATUAN PENGGUNA UPSI

My blogs

About me

Introduction Persatuan Pengguna UPSI pada awalnya adalah sebuah kelab yang ditubuhkan pada tahun 2002 . Tujuan kelab ini ditubuhkan sama seperti kelab-kelab yang lain yang terdapat di UPSI pada waktu itu iaitu untuk memenuhi peraturan wajib universiti dalam aspek kokurikulum. Pada tanggal semester II 2004 Kelab Pengguna UPSI telah dinaiktaraf sebagai Persatuan Pengguna UPSI sejajar dengan pertambahan ahli yang melebihi daripada 100 orang. Bermula dari langkah yang pertama Persatuan Pengguna UPSI terus bergerak aktif tanpa menoleh ke belakang lagi demi merealisasikan harapan yang dihasratkan oleh persatuan ini iaitu untuk MEMPERKASAKAN PENGGUNA. Program demi program telah dilaksanakan dengan jayanya atas sokongan daripada semua pihak. Diharap persatuan ini akan terus maju mengorak langkah demi menjaga kebajikan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris.