ROBIANA MAT SAID

My blogs

About me

Location sungai jawi, pulau pinang, Malaysia
Introduction PERPUSTAKAAN DESA SIBER ILMU SUNGAI DURI TELAH BEROPERASI PADA TAHUN 1996 HINGGA KINI.PERPUSTAKAAN INI TERLETAK DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG. Terdapat pelbagai versi mengenai mitos asal usul atau sejarah Kampung Sungai Duri yang di ceritakan sejak turun temurun daripada nenek moyang penduduk di sini. Kononnya, nama Kampung Sungai Duri berasal daripada sejenis pokok-pokok berduri yang banyak tumbuh meliar di tebing-tebing sungai di sekitar kawasan kampung ini. Oleh itu, penduduk terdahulu mendapat ilham dengan meletakkan Kampung Sungai Duri sebagai nama kampung mereka. Banyak pembaharuan dan kemajuan yang telah dikecapi penduduk Kampung Sungai Duri seperti jambatan yang dahulunya hanya jambatan kayu kini telah digantikan dengan jambatan konkrit serta kebanyakan rumah penduduk yang dahulunya hanya rumah papan tetapi kini telah diubah suai menjadi rumah batu. Persekitaran kampung yang dahulunya hutan dan semak samun telah dijadikan kawasan tanaman secara kecil-kecilan oleh penduduk kampung. Terdapat juga kawasan yang dijadikan taman permainan kanak-kanak bagi tujuan memudahkan penduduk untuk melakukan aktiviti riadah.