musafir 29
My blogs
| Introduction | Saya suka mengembara. Mengembara tidak semestinya mengadakan diri dan fizikal dari satu lokasi ke satu lokasi. Akal fikiran yang sedang berfikir juga mampu membawa kita mengembara. Hidup ini juga satu pengembaraan. Saya sedang belajar dengan alam. Justeru pelbagai panorama alam saya abadikan dalam rakaman foto, supaya saya boleh meneliti apa yang cuba disampaikan oleh alam. Saya sedang mengasuh diri untuk mencintai ilmu. Di lembaran ini saya belajar dan mengumpul segala maklumat yang saya cari daripada pelbagai sumber, supaya dapat dijadikan rujukan kepada diri saya yang selalu lalai dan leka dengan keindahan dunia. Saya dengan berbesar hati menerima sebarang komen dan teguran daripada sesiapa sahaja seandainya terdapat percanggahan maklumat dalam setiap karya saya. Jazakumullah! |
|---|
