pkpahang

My blogs

About me

Location Kuantan, Pahang, Malaysia
Introduction Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang mula beroperasi pada tahun 1976 di sebuah bengkel sementara di batu 3, Jalan Temerloh-Mentakab. Kemudian pada tahun 1979 ianya berpindah ke lot 11, Kawasan Perindustrian Songsang, Temerloh. Luas kawasan ini ialah 3.25 ekar. Ianya mengandungi Bangunan Pejabat, Bengkel Gunasama dan Bengkel Kerja. Kompleks Kraftangan Kuantan pula telah disiapkan pada tahun 1999. Ianya terletak d lot 30850, Kg. Pandan 11, Jalan Pintasan Kuantan - Kuala Terengganu, Kuantan Pahang dengan keluasan 15 ekar. Ianya dilengkapi dengan Bangunan Pejabat dan Bengkel. Pada mulanya kedua-dua tempat ini mempunyai pengurusan yang tersendiri iaitu di temerloh mengawal Pahang Barat manakala Kuantan mengawal Pahang Timur. Pada tahun 2002 pengurusan kedua-duanya disatukan dengan Kuantan menjadi pusatnya manakala di Temerloh hanya berfungsi sebagai inkubator sahaja. Penyatuan ini dikenali sebagai Pusat Pembangunan Kraf Pahang. Bagaimanapun pada tahun penghujung tahun 2003 sekali lagi ianya ditukar nama kepada nama asal iaitu Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang atau singkatannya PPKM Cawangan Pahang.