Nor Zahidah

My blogs

About me

Location Malaysia
Introduction 19 Ogos 1986…memberi seribu makna dalam hidup ini..Kini genap la aku selama 22 tahun menjalani kehidupan seperti insan lain…Serba ringkas tentang diri ku.. Nama yang diberi cukup mempesona bagiku, Noor Zahidah Binti Hamzah..Indah bukan? Aku anak sulung daripada 5 adik beradik yang terdiri daripada 3 perempuan dan 2 lelaki. Ingin juga aku kongsikan, aku mempunyai kembar yang kini masih sepertiku melanjutkan pelajarannya di Bangi dalam bidang Syariah manakala aku disini mengejar impian dan cita-cita sebagai seorang kaunselor suatu hari nanti dan berbekalkan ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim ini semestinya merealisasikan harapan ku… Insya-Allah. Insan yang paling bermakna dalam hidup ku, ibu dan ayah.. Mereka masih bekerja untuk menyara kami adik beradik dan cukup prihatin akan diriku di sini. Banyak sungguh pengorbanan mereka pada kami adik beradik. Jika ku luahkan pasti air mata ku ini mencurah-curah sehingga ke titisan terakhir namun ia masih belum dapat menebus apatah lagi membayar pengorbanan mereka…Ibu dan ayah, ku ucapkan terima kasih atas segalanya…tidak dapat ku gambarkan terima kasih ku pada mu… Ku Mencintaimu….