Aku Ahli Silat Cekak
| Introduction | Nama samaranku adalah Tok Mo Ris iaitu sempena nama Pahlawan Kedah yang terlibat dalam peperangan antara Kedah dengan Siam. Namanya tercatat secara rasmi dalam Sejarah Kedah. Mungkin Ahli Silat Cekak lebih mengenali Panglima Tok Rashid dan Panglima Ismail sekalipun nama kedua tokoh ini tidak tercatat secara rasmi di dalam Sejarah Kedah seperti Tok Mo Ris. (Siapa peduli kerana bukankan sejarah boleh dipadam?) Aku menyertai Silat Cekak pada 1988, berijazahkan dengan Pak Ak dan mendaftar sebagai Ahli Silat Cekak Malaysia. Pada 1993, aku menjalani ijazah semula dengan abg mad dan pada 1994, aku mendaftar pula sebagai Ahli Silat Cekak Hanafi. Aku meneruskan 'activism' dalam Silat Cekak Hanafi dengan menjadi tenaga pengajar, penganjur aktiviti penting dan terlibat dalam menentukan hala tuju persatuan dalam tahun-tahun terawal Silat Cekak Hanafi muncul di persada seni silat tanahair.Ramai yang membimbing aku, salah seorang tentunya abang mad. |
|---|
