The Mad Bomber

My blogs

About me

Gender Male
Industry Fashion
Occupation Dulu motong getah di Kg Perak Jalan Jeniang dgn arwah Mak.Mantan petugas bagi makan ayam Cikgu Yusop.
Location Blkg Kedai Syarikat masuk ikut mini tar depan rumah Tok Som atau cuba tanya kat kedai syarikat depa mesti tau., Mukim Teloi Kiri, Teloi kiri ni belah kanan Sungai Tok Hassan kalau belah kiri Teloi Kanan dengan Teloi Tua (dua dua tu Felda). Kg ni semua orang sihat sebab nama dia Kg klinik, Malaysia
Introduction Dulu Left back team bola Selambau Hill, pernah champion Liga 7 sebelah Kuala Sin, Batu Belacan dan Bukit Lembu. Paling jauh pi lawan Tokai, kalah. Sekolah rendah di SK Selambau Hill,pelajar pertama SM Selambau Hill bila SM Selambau Hill ditubuhkan. Form 4 dapat pi SMKJ masuk Science Stream tapi lingkup punah ranah.Dapat la pi PUO tapi hang pa jgn terkejut la ni kelulusan aku Barrack Obama pun kalah.
Interests Tahan taut, cari siput pait belakang rumah Tok Munah, ada pernah dok belaga ikan semilai. Cabut kacang pun ada juga.Belajar buat dangai, apom dan spera dengan arwah mak. Minat memancing pun ada bila arwah ayah ajak pi mengail di Tanjung Dawai. Minat tu lekat sampai la ni.
Favorite Movies Chan chan mere satey wayang pacak yang mainn kat padang sekolah Selambau Hill, tu pun masuk tak bayaq tiket, ghonot bawah pagaq dengan Man Tok Yop.Kadang pi tengok wayang Jabatan penerangan di pekan Selambau Hill. Ada beberapa kali pi tengok wayang di panggung Empire SP tiket 60 sen.
Favorite Music Sapa lagi kalau BS Band dimana penyanyi utama dia Abang In kedai Syarikat dengan Jonet adik dia main gitar dan Hasan Kudung Sungkup main drum.
Favorite Books Banyak sangat buku yang tidak dibaca tak ingat pulak buku mana yang dibaca.