Masjid Azzubair Ibnul Awwam

My blogs

About me

Industry Government
Location Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
Introduction Masjid Azzubair Ibnul Awwam telah ditubuhkan pada tahun 1981-an. Terletak di Cheras, Kuala Lumpur berdekatan dengan kawasan perumahan. Masjid ini telah beroperasi selama 30 tahun. Nama masjid diambil sempena nama salah seorang sahabat nabi iaitu Azzubair Ibnul Awwam yang juga merupakan menantu kepada saidina Abu Bakar assiddiq. Masjid ini diurustadbir oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).Lokasi tapak pembinaan masjid ini dan persekitarannya dahulu sebelum tahun 80-an adalah merupakan kawasan bekas lombong yang luas. Masjid Azzubair ibnul Awwam ini mempunyai 2 tingkat ruang solat utama yang boleh memuatkan seramai 2500 jamaah pada satu-satu masa. Ruang solat wanita pula di bahagian belakang ruang solat tingkat bawah (dewan solat utama). Seri Paduka Baginda Sultan Iskandar, Sultan Johor Darul Takzim, selaku Yang Dipertuan Agong ketika itu telah berkenan menyempurnakan upacara majlis perasmian Masjid Jamik batu 3 cheras (nama lama) pada hari Selasa 1 Mac 1988 bersamaan 12 Rejab tahun 1408 Hijriah dan seterusnya baginda mengisytiharkan nama baru iaitu Masjid Azzubair Ibnul Awwam.