selamatkan gunung jebak puyuh
My blogs
| Location | Temerloh, Pahang, Malaysia |
|---|---|
| Introduction | Gunung Jebak puyuh dan Gunung Senyum adalah dua bukit yang terbentuk melalui proses yang mengambil masa jutaan tahun. Ia berusia 240 juta tahun yang menyamai era premian, ia terbentuk daripada cangkerang, terumbu karang yang terurai dan mendap di kawasan tersebut yang satu ketika dahulu merupakan lautan cetek. Keadaan ini hasil daripada tindakan haba dan tekanan ia membentuk batu kapur yang kemudiannya muncul di permukaan bumi hasil dari pergerakan kerak bumi. Kesan dari air hujan, gua-gua terbentuk di batu kapur ini seterusnya membentuk stalagtik dan stalagmik dan masih berterusan hingga ke hari ini. Daripada ekosistem unik ini, beberapa spesis flora dan fauna dan endemik ditemui, antaranya adalah Senyumia minutiflora, satu-satunya spesis dalam genus minutiflora dan hanya ditemui di Gunung Senyum sahaja di dunia ini. Selain itu, ia turut menyimpan artifak-artifak arkeologi era Neolitik yang masih tidak dikaji. Gua-gua di sini juga merupakan warisan kepada negara kita, Malaysia. |

