Majlis Daerah Sabak Bernam

My blogs

About me

Industry Government
Location Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Introduction Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) adalah salah sebuah daripada 12 Pihak Bekuasa Tempatan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Sabak Bernam ini mula dikenali sebagai Majlis Daerah Sabak Bernam sejak tahun 1977. Sebelum MDSB diisytiharkan sebagai sebuah Majlis Daerah, PBT bagi Daerah Sabak Bernam ini dikenali sebagai penguasa tempatan iaitu Majlis Tempatan dan Lembaga Bandaran. Bidang kuasa meliputi kawasan, Majlis Tempatan Sekinchan, Majlis Tempatan Sungai Besar, Majlis Tempatan Sungai Air Tawar, Dan Lembaga Bandaran Sabak Bernam. Pengishtiharan MDSB pada tahun 1977 telah memansuhkan pentadbiran 3 buah majlis tempatan dan sebuah lembaga bandaran, yang mana seterusnya meliputi kawasan Pekan Sekinchan, Pekan Sungai Besar, Pekan Sabak Bernam, Pekan Bagan Terap, Pekan Sungai Haji Dorani, Pekan Sungai Nibong, Pekan Simpang Lima Kg. Kian Sit (Sekinchan Site ‘A’), Pekan Parit Baru, Pekan Sungai Air Tawar, Pekan Pasir Panjang dan Pekan Bagan Nakhoda Omar.