SK Nambayan Tambunan
My blogs
| Location | Tambunan, Sabah, Malaysia |
|---|---|
| Introduction | SEJARAH RINGKAS SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Nambayan terletak kira-kira 2 Kilometer dari Pekan Tambunan dan berada kira-kira 0.4 Kilometer dari jalan raya utama Keningau dan Kota Kinabalu.Sekolah Kebangsaan Nambayan pada asalnya dikenali sebagai Sekolah Jenis Kebangsaan St.Francis Cabrini.Nama ini telah diubah sepenuhnya setelah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah membina bangunannya sendiri. Sekolah Kebangsaan Nambayan mula dibina pada bulan November 1989 dengan kos sebanyak RM733,000.00, di Kg.Galiung Tambunan di atas tapak seluas 5 ekar.Sekolah ini siap sepenuhnya pada bulan Januari 1991. Sekolah ini dilengkapi dengan 1 buah bilik Pentadbiran, 1 buah Perpustakaan, 1 buah Bilik Pandang Dengar, 1 buah bilik Makmal Sains, 12 buah bilik darjah, sebuah kantin,2 blok tandas dan 3 unit kembar rumah guru.Sekolah ini ditadbir oleh guru besar yang pertama iaitu Encik James Kadau. |
