UBD NETBALL TEAM

My blogs

About me

Introduction Pasukan bola jaring Universiti Brunei Darussalam telah tertubuh pada bulan Mei 2008 sewaktu Pesta Sukan Kebangsaan. Kebanyakkan ahli pasukan ini adalah dari Kelab Bola Jaring Universiti. Pada persedian menghadapi PSK,pasukan UBD telah dilatih oleh jurulatih Aazzah. Walaupun kejayaan tidak dapat dimiliki ketika itu, pasukan UBD tidak pernah luntur semangat malah terus aktif berlatih dan bersedia untuk menghadapi AUG (14th Asean University Games) yang mengambil tempat di Kuala Lumpur, Malaysia. Sebelum itu, 24 Ogos 2008, kelab bola jaring UBD telah menghantar pasukannya untuk berentap di BSRC Netball Tournament dan hanya berjaya di peringkat semi final sahaja. 24 Ogos 2008 juga adalah tarikh keramat dimana ahli pasukan telah sebulat suara untuk memilih nama UNI UNITED sebagai nama pasukan UBD apabila mengikuti pertandingan luar. UNI UNITED dipilih berdasarkan ahli pasukan ini sendiri yang mana mereka adalah mahasiswi Universiti Brunei Darussalam. Walaupun masing-masing mengambil kursus berlainan, gelanggang bola jaring telah menyatukan mereka dan menyaksikan kesatuan mereka sebagai satu pasukan yang cukup berani. UNI UNITED TERUS MANTAP!