Masjid Qaryah Lukut

My blogs

About me

Location Lukut, Negeri Sembilan, Malaysia
Introduction Masjid Qaryah Lukut merupakan sebuah masjid peninggalan sejarah yang telah dibina semasa pemerintahan Almarhum Raja Busu atau nama sebenarnya Raja Hassan ibni Raja Nala, pada tahun1815, dan pada tahun 1834M Raja Jumaat ibni Raja Jaafar pengambil alih pemerintahan Lukut,Baginda merupakan menantu kepada Sultan Muhammad Shah Sultan selangor yang ketiga,telah mengahwini puteri Tuanku, bernama Tengku Senai atau Tengku Nai. Baginda telah mengkat pada tahun 1864M Raja Jumaat adalah kerabat di raja Riau. Raja Jumaat datang ke Lukut bersama-sama Raja Abdullah yang dibawa oleh ayahandanya yang bernama Raja Jaafar bin Raja Ali dari kerabat di raja Riau. Masjid ini pada asalnya berkeluasan 45 kaki panjang dan 45 kaki lebar semasa dibina dan telah berusia 196 tahun. Sejak pembinaannya, masjid ini mengunakan air perigi untuk jemaah berwuduk. Perigi tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang. Selain itu, fakta sejarah ada menyatakan bahawa binaan dinding masjid ini dilepa dengan campuran putih telur. Pada setiap tahun dalam bulan Syaaban, DYMM Sultan Selangor dan kerabat akan berkunjung ke Makam Diraja Lukut yang terletak berhadapan dengan Masjid Qaryah Lukut.