KEDAI KEK AZBI

My blogs

About me

Introduction Assalammualaikum.... ANITA BT HASAN nama yang diberi.Ibu kepada 3 orang anak.Saya menceburkan diri dlm bidang bakery secara tidak sengaja.Malah saya tidak mempunyai pendidikan secara formal dlm bidang ini.Mula-mula tu secara sambilan sahaja.Seronok pergi ke kedai kek seorang kawan.Melihat lincahnya tangan beliau mengayunkan spatula,meletak aising ke atas kek membuatkan saya memberanikan diri mencuba.Lama-kelamaan timbul minat untuk mendalami bidang ini.Saya mendaftar diri di kelas-kelas bakery untuk memahirkan diri dlm pembuatan kek dan roti.Pada tahun 1997,dengan modal yang tidak seberapa saya membuka sebuah kedai kecil yang diberi nama KEDAI KEK AZBI atas rasa kesedaran kurangnya masyarakat Islam yg menceburi bidang ini.Dengan serba kekurangan, saya mulakan perniagaan ini atas tuntutan fardu kifayah.Alhamdulilah sehingga kini,saya masih bersemangat untuk meneruskan perniagaan kek ini.Semoga terus dapat sokongan dari semua pelanggan-pelanggan setia,lama dan baru....