Ku aMer
My blogs
| Location | Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia |
|---|---|
| Introduction | Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat adalah umpama kapal tanpa nakhoda hanyut di tengah lautan, terumbang-ambing dipukul arus dan gelobang kehidupan. Matlamat adalah arah tujuan untuk mencapai sesuatu. Sekiranya kita telah mengenal pasti arah tujuan kita, sesungguhnya kita telah separuh jalan ke sana. Ia adalah untuk dimiliki sebagai memenuhi kehendak psikologi manusia. Sekiranya kita tidak mempunyai sebarang tujuan hidup ataupun cita-cita, maka peluang kita ke arah kegagalan dan kedaifan terbuka luas.Kunci utama kejayaan diri, kehidupan dan keluarga bermula dengan wujudnya tujuan hidup ataupun matlamat yang jelas. Hanya dengan mempunyai matlamat yang spesifik dan realistik, barulah dapat memotivasi dan mendorong seseorang itu merasai akan pentingnya mencapai matlamat. Di dalam menetapkan matlamat, kita mesti membuat perancangan yang jelas dan tepat. Tanpa perancangan ia tidak ubah seperti angan-angan kosong. Justeru itu, matlamat saya untuk menulis di dalam blog ini adalah untuk berkongsi dan mengingati kepada diri saya dan buat anda semua.. |

