USPTN Melaka

My blogs

About me

Industry Government
Location Melaka, Malaysia
Introduction Unit Sukan prestasi Tinggi Negeri, Melaka (USPTN) kini di bawah pentadbiran Majlis Sukan Negeri Melaka telah ditubuhkan berkuat kuasa secara rasminya pada 1 Mei 2008 berdasarkan penstrukturan semula Program di Peringkat Negeri. Dengan penstrukturan semula ini, semua pusat latihan di bawah Program cemerlang 2010 dan Program Sukan Teras telah digabungkan dan diletakkan di bawah Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara dan sekarang dikenali sebagai Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN). Program pembangunan atlet Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri adalah satu program jangka panjang yang dirangka khusus untuk mengenalpasti atlet yang berbakat untuk digilap menjadi atlet pelapis bagi skuad negara pada masa akan datang Kewujudan program ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah sistem penggalak pembangunan dan prestasi tinggi dalam sukan-sukan yang dipertandingkan ke peringkat yang tertinggi. Bagi mencapai matlamat ini satu usaha yang melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan, badan-badan sukarela serta orang perseorangan perlu digembling dan berusaha agar mutu sukan di negara ini dapat mencapai prestasi yang terbaik.