Journey to SUCCESS

My blogs

About me

Introduction SMTKL ini merupakan sekolah menengah teknik yang tertua di Malaysia. Sejarah penubuhan sekolah ini boleh dikesan dari tahun 1926. Dengan kedatangan pihak British pada tahun 1946, sekolah tersebut telah dibuka semula dengan nama 'Junior Technical Trade School' dengan jumlah pelajar seramai 80 orang. Tahun 1956, kali ini dengan nama 'Technical Institute' selaras dengan salah satu syor Laporan Razak. Laporan tersebut mengesyorkan 'Junior Technical Trade School' perlu ditukar menjadi sekolah menengah penuh yang boleh menawarkan pelajaran asas teknikal bagi para pelajar yang telah menduduki peperiksaan 'Lower Certificate Of Education'(LCE) atau dikenali sebagai 'Penilaian Menengah Rendah'(PMR) sekarang. Akhirnya, pada tahun 1962, kerajaan bersetuju dengan nama yang ada sekarang iaitu Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. Dalam tahun 1967, sekolah ini telah berpindah ke tapak sekolah ini sekarang dari tapak lama di Jalan Kolam Air. Pada hari ini seperti sekolah biasa, pelajar dikehendaki mengambil mata pelajaran asas termasuk pelajaran teknik yang terbahagi kepada dua jurusan iaitu jurusan Teknik dan jurusan Perdagangan.