Chenderiang High School

My blogs

About me

Introduction SMK Chenderiang , Temoh, Perak terletak di sebuah kawasan seluas 15 ekar. Kerja-kerja pembinaan bangunan SMK Chenderiang ini telah bermula pada tahun 2000 dan telah siap dibina sepenuhnya pada akhir tahun 2002. Kos pembinaannya adalah sebanyak RM 13 juta. Setelah siap dibina bangunan sekolah ini telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak pada 29 November 2002. Sekolah ini mula beroperasi 6 Januari 2003. SMK Chenderiang ini dibina bertujuan untuk memenuhi kehendak masyarakat setempat kerana tidak perlu lagi menghantar anak-anak bersekolah di Kampar atau Tapah yang jaraknya lebih kurang beberapa kilometer dari sekolah.