Dia..Usman Awang
My blogs
| Introduction | Usman Awang dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi Johor Darul Takzim. Beliau banyak terlibat dalam dunia kesusasteraan khususnya kesusasteraan moden. Beliau terkenal dengan nama penanya iaitu Tongkat Warrant, Adi Jaya, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Ros Murni, U.A, Setiabudi dan Zaini. Beliau menerima pendidikan awal di sebuah sekolah di daerah Kuala Sedili (1936), Mersing (1937), dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus darjah enam. Pada tahun 1952, Usman Awang ditawarkan bekerja dengan Utusan Melayu sebagai sidang pengarang Utusan Kanak-kanak, kemudian diangkat menjadi pengarang akhbar Utusan Zaman dan Majalah Mastika. Beliau telah menerima pelbagai penghargaan dan pengiktirafan. Antaranya beliau menerima Anugerah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1982), Anugerah Sastera Negara (1983), Ijazah Kehormat Doktor Persuratan UM (1983) dan pelbagai lagi. Pada tanggal 29 November 2001, Sasterawan Negara yang banyak menabur bakti dan mengangkat kedudukan sastera moden ini telah kembali ke Rahmatullah. |
|---|
