Safwan b. Razali

My blogs

Blogs I follow

About me

Gender Male
Industry Student
Occupation Universiti Kebangsaan Malaysia
Location Kuching, Sarawak, Malaysia
Introduction Saya merupakan anak ke2 dari 3 adik beradik. Saya pernah bersekolah di SK. Encik Buyong, SMK. Petra Jaya dan di SMK Matang Jaya. Kini saya berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam kursus Pengajian Bahasa, Program Persuratan Melayu. Rindu saya kepada negeri dan kampung halaman tiada dapat diungkapkan. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Saya berharap setiap langkah perjalanan saya di bumi Malaya ini sentiasa dalam rahmat dan berkat Allah s.w.t agar saya dapat kembali ke tanah air saya dengan diiringi kejayaan. Doakan saya...
Interests Saya amat minat membaca apa sahaja bahan bacaan dan tidak pernah memilih siapa penulisnya. Saya pasti setiap penulis berbeza pendapat dan karangannya. Sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu dan saya ingin sampai ke seberang dengan meningkatkan lagi pembacaan saya di masa akan datang.
Favorite Movies Saya gemar menonton filem bersama teman-teman. Pernah satu ketika, saya menjadi pengunjung tetap sebuah panggung wayang kerana setiap minggu selama 2 bulan saya akan ke panggung wayang sama ada atas kehendak sendiri atau undangan teman-teman. Penghujung 2009, saya telah menonton dua buah filem iaitu Avatar dan Santau. Pasti sekali 2 buah filem ini memperlihatkan begitu besar sekali perbezaan daripada segala segi termasuklah mutunya. Harapan saya pada masa akan datang, Malaysia juga mampu menerbitkan filem-filem yang amat bermutu.
Favorite Music Saya begitu gemar mendengar lagu-lagu Melayu. Setiap seni kata tersusun sekali. Namun lagu Melayu lama nyanyian P.Ramlee iaitu Bunga Melur begitu indah sekali bagi diri saya kerana begitu indah tiap bait lirik dan lagunya.
Favorite Books Saya membaca apa sahaja buku, tidak pernah saya memilih tajuk mahupun penulisnya sebagai faktor dorongan untuk saya membaca. Dengan harapan agar bilangan buku yang dibaca bertambah dari tahun sebelumnya. Ya, mungkin ini azam baru untuk tahun ini.