Jeffry Aizad Syah

My blogs

Blogs I follow

About me

Gender Male
Industry Engineering
Occupation Sr. Engineer
Location Kuala Lumpur, Malaysia
Introduction Former Windows Mobile fans. Android & Apple iOS user. Mobile gadgets enthusiast. Love everything that is happening in a hi-tech world. Chelsea FC supporter. Senior engineer.
Interests Dilahirkan pada suatu pagi Ahad menjelang subuh 15 November 1981 di Hospital Universiti Kuala Lumpur hasil perkongsian hidup pasangan muda Abdul Karim Mohamad dengan Fatimah Ismail. Anak sulung dari empat beradik ini dibesarkan di Kampung Pasir Lama, Jalan Klang Lama sebuah perkampungan setinggan di ibukota. Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas Kampung Pasir Lama seawal tahun 1987 ketika berusia tujuh tahun. Melanjutkan pendidikan peringkat rendah selama enam tahun dari 1988 hingga 1993 di Sekolah Kebangsaan Seri Mega, Overseas Union Garden (OUG) Kuala Lumpur. Mendapat 2A dan 2B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 1993. Meneruskan pendidikan peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dharma, Jalan Puchong dari 1994-1996. Mendapat 6B dan 2C dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 1996. Pemuda berbintang Scorpio ini melanjutkan pelajaran tingkatan empat dan lima dalam jurusan Elektronik di Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah Melaka sekitar tahun 1997-1998. Mendapat pangkat 1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan 20 agregat pada tahun 1998.
Favorite Movies Dengan minat yang begitu mendalam dalam bidang kejuruteraan, pemuda berkarisma berusia 17 tahun ini melanjutkan pelajarannya dalam bidang Kejuruteraan Elektronik Kawalan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Shah Alam Selangor Darul Ehsan sekitar tahun 1999-2002. Menamatkan pengajiannya pada usia 19 tahun sekitar 2002 dengan mendapat Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan. Memulakan kerjayanya sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat kejuruteraan yang berpengkalan di Bukit Jelutong Shah Alam ketika berusia 21 tahun pada Januari 2003. Berpengalaman dalam bidang Sistem Automasi Bangunan selama lebih enam tahun dari tahun 2003-2009. Mempunyai pengalaman luas dalam bidang teknikal berkaitan dengan berjaya membantu menguruskan lebih 25 buah projek pembangunan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan seluruh tanah air. Menamatkan kerjayanya di syarikat ini sebagai juruteknik senior pada usia 27 tahun sekitar bulan April 2009.
Favorite Music Hasil pengalaman lebih enam tahun dalam bidang tersebut, pemuda ini ditawarkan menjadi seorang jurutera oleh sebuah syarikat kejuruteraan di Puchong Selangor. Bermula April 2009 hingga kini beliau memulakan kerjayanya sebagai jurutera pada usia 27 tahun. Yakin dengan masa depan bidang yang diceburinya dengan keinginan dan cita-cita agar lebih maju lagi merentas kepesatan teknologi yang tiada sempadan. Sejarah perhubungannya pula, beliau bertemu dengan cinta pertamanya ketika berusia 18 tahun sekitar tahun 2000. Mengenali Suriyana Shahrudin dan menjalani hubungan istimewanya selama hampir enam tahun. Mengikat tali pertunangan pada usia 23 tahun sekitar 2005 dengan kekasihnya. Tali pertunangan yang diikat lebih setahun diakhiri dengan peristiwa paling bersejarah dalam hidupnya iaitu majlis perkahwinan gilang gemilangnya pada 28 April 2006. Zaman bujang pemuda ini tamat pada usia 24 tahun. Kebahagiaan beliau disamping isteri tercinta semakin mekar setelah putera sulungnya dilahirkan pada 10 September 2007. Kehadiran putera sulung yang diberi nama Azfer Wafeeq Syah menambah lagi kebahagiaan rumahtangga beliau yang berusia 25 tahun ketika itu.
Favorite Books 13 bulan kemudian iaitu tanggal 21 Oktober 2008 lahir pula cahayamata kedua beliau. Puteri kepada Jeffry Aizad Syah dan Suriyana Shahrudin ini diberi nama Qasseh Arissa Safiyya. Bergelar ayah kepada sepasang putera dan puteri pada usia 26 tahun. Kehadiran Wafeeq dan Arissa cukup signifikan dalam kehidupan beliau dan isteri. Kini usia melepasi angka 28 tahun gembira dan sangat bahagia melihat gelagat anak-anak yang membesar didepan mata. Berdoa agar kebahagiaan, kesempurnaan serta pencapaian beliau setakat ini berkekalan malah semakin bertambah dan diberkati Allah S.W.T. Amin. NOKTAH