faan

My blogs

About me

Gender Male
Occupation hamba ALLAH
Location masjid tanah, mall.luck.ke?, Malaysia
Favorite Movies Ceritera 3orang bujang yang duduk bersama mencuba nasib menjadi seorang seniman yang berwawasan dan saat mereka menjadi pendekar yang menuntut ilmu kesatriaan daripada pendekar mustar.Gabungan 3orang bujang yang lain membentuk nada musiq iaitu do, re, mi yang tinggal di atas kawasan tuan tanah ke daun.Seorang penjual laksa yang terpaksa menghafal bait2 skrip seperti ini "awang serama bagitau husain kapor td, die kate yang mail gandum bagitau mah jepun, yang usop kambing kate, lan cicak sudah sangkut kat kg seberang". Selain itu, kisah sebuah kg yang hampir ditawan segerombolan zombie yang menjerit2 "Otak..Otak..". Lain pulak hal nya dengan 4sekawan yang merancang merompak kedai emas seorang buta bernama WONG yang mempunyai seorang anak yang comel.hehehe..
Favorite Music Lagu2 yang digubah oleh komposer ada kalanya masuk akal dan tak masuk dek akal.Bunyian siren ambulans yang dipandu laju menuju ke hospital sambil membawa pesakit yang mungkin teruk.Irama yang dikluarkan oleh nyamuk ketika mengganggu tidur malamku yang lena di buai mimpi2 nan indah.Bunyi bising pintu jamban yang ditendang oleh rakan2 kerana aku mengambil masa yang lama melayan perasaan serunuk+seram+senak+dan beberapa 'se' yang lain.Serta nada deringku berbunyi kerna telefon bimbit ku menerima miskol dr orang2 yang kekurangan kredit.Dan tidak ketinggalan irama keroncong yang keluar saat perut ku lapar mahu kan nasi..
Favorite Books Bahan bacaan yang dipinjam di perpustakaan politeknik yang jarang dipinjam tetapi terpaksa juga kerana peperiksaan akhir bakal mnjelang.Buku ROTTW yang dijual di kedai2 mamak dan kedai alat2 tulis semakin menjadi rebutan masakini apabila pemuzik2 indie diangkat sejak kebelakangan ini.Majalah PC yang diterbitkan dari kumpulan karangkraf yang menjadi rebutan peminat komputer dan teknologi terkini.Naskah2 iqra 1 hingga 6 yang menjadi bacaan dahulu sebelum al quran menjadi pegangan.. (eh? tak kan pegang je..) aku baca la jugak, tak la jahil sangat.Akhbar2 tempatan yang dikawal oleh kerajaan menjadi tatapan rakyat2 yang diperbodohkan dengan cerita yang adakala tidak benar.