Masjid Al-Iman Alor Madi

My blogs

About me

Occupation Mencari Redha Ilahi Rabbi
Location Kampung Alor Madi, Anak Bukit, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman, Malaysia
Introduction Masjid Alor Madi merupakan salah sebuah masjid dalam Negeri Kedah, yang terletak di dalam mukim Anak Bukit di Bandar Alor Setar. Masjid Alor Madi kini telah dihiasi oleh dua buah kubah yang berwarna emas kekuningan. Bangunan masjid ini terletak di antara dua buah kampung iaitu Kampung Seberang Titi Keretapi dan Kampung Alor Madi. Ia dibina pada tahun 1968.

Imam pertama ialah Tok Haji Hamid bin Mad ‘Aqib (yang meninggal pada tahun 1974). Beliau merupakan Penghulu Masjid yang kini kita gelar jawatan tersebut sebagai Pengerusi Masjid. Beliau di antara Orang Sepuluh yang menjaga dan menguruskan Masjid Alor Madi ketika itu.

Interests Imam kedua diambil alih oleh Ustaz Haji Adnan bin Haji Ahmad. Beliau ketika itu dibantu oleh dua orang bilal iaitu Haji Ahmad (lebih dikenali dengan panggilan Pak Mat Yan) dan juga Haji Daud bin Haji Yusoff serta dua orang siak iaitu Haji Lat bin Man dan Haji Ramli bin Haji Kasa. Kini tugas imam diambil alih oleh Ustaz Haji Abd Razak bin Haji Din, yang merangkap sebagai Pengerusi Masjid Alor Madi. Beliau dibantu oleh dua orang bilal iaitu Haji Daud bin Haji Yusoff dan Haji Ramli bin Haji Kasa. Juga dua orang siak iaitu Shahid bin Haji Ramli dan Haji Zulkifli bin Md Isa.. Masjid Alor Madi telah dijenamakan dengan nama khas iaitu Masjid Al-Iman pada tanggal 16 November 2022.
Favorite Books Kitab Sabilal Muhtadin, Kitab Bahrul Madzi, Kitab Al-Qaulut Tam, Kitab Misbahul Munir, Kitab Zadul Muta'allim, Kitab Ar-Risalah At-Tauhidiyyah, Kitab Hadis 40