PPKIBL SMKKU
My blogs
Blogs I follow
| Industry | Education |
|---|---|
| Location | KAJANG, SELANGOR, Malaysia |
| Introduction | Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan SMK Kajang Utama (PPKIBL) telah memulakan programnya pada 15 Januari 2007. Program ini menerima dua orang pelajar buta dan dua orang guru pembimbing. Pelajar-pelajar ini telah menamatkan persekolahan sekolah rendah di SK Sg Kantan, Kajang. Bagi meneruskan persekolahan di peringkat sekolah menengah, pelajar-pelajar ini kemudiannya ditempatkan di SMK Kajang Utama iaitu sekolah harian biasa dengan pelaksanaan program inklusif sepenuhnya. Pada permulaan, penempatan pelajar-pelajar buta ditempatkan bersama-sama dengan pelajar-pelajar PKBP (Program Khas Bermasalah Pembelajaran) untuk waktu bimbingan. Memandangkan pelajar-pelajar buta ini memerlukan penggunaan Brailler, satu kelas khas diwujudkan iaitu kelas Resos di mana kelas ini ditempatkan di Tingkat 4, Blok D. Awal penubuhan program PKBL, alatan yang dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti mesin Braille sebanyak 2 buah, kertas Braille dan buku-buku teks Braille. Kini alatan semakin bertambah seperti ‘Embosser Basic D’ dan mesin ‘Thermorfom’. |
