Sekolah Ugama Lambak Kanan

My blogs

Blogs I follow

About me

Industry Education
Occupation JPI
Location Brunei/Muara, BSB, Brunei
Introduction Sekolah Ugama Kekal ini dibina pada 28 Februari 1993 dan siap sepenuhnya pada 27 Ogos 1994. Terletak di Kawasan Perumahan Perpindahan Lambak Kanan di bawah Perancangan Kemajuan Negara ke VI dan keluasan kawasan sekolah ini lebih kurang 1.84 hektar atau 4.54 ekar dengan bajet peruntukan berjumlah lebih kurang 2.4 juta ringgit Brunei. Sekolah ini mula digunakan pada 01 November 1994, penyerahan anak kunci sekolah ini diterima oleh Yang Mulia Dato Seri Setia Awg Haji Kasim bin Haji Lamat.Dan dibuka rasmi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Mohd Daud pada 01O ktober 1996. Pada 25 September 1995, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam telah berangkat melawat ke sekolah ini semasa aturcara keberangkatan baginda ke Mukim Berakas dan seterusnya menyempurnakan penyerahan anak-anak kunci rumah di bawah Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan bagi peringkat ke tujuh fasa II, ke lapan, ke sembilan dan ke sepuluh.