LAMAN PENDIDIKAN AL-QURAN
My blogs
| Introduction | Laman Pendidikan al-Quran diwujudkan untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan al-Quran, khasnya dari aspek pendidikan. Al-Quran mendidik kita supaya membaca al-Quran. Apabila kita membaca al-Quran, kita mendapat pendidikan daripada al-Quran. Ini termasuklah prinsip pendidikan, falsafah, metodologi, pendidikan al-Quran di dalam pengurusuan. pentadbiran dan sebagainya. Semoga Laman ini memberi munafaat kepada pembaca semua. |
|---|---|
| Favorite books | Kenapa kita kena mengkaji al-Quran? 1. Kerana al-Quran Kitab Allah yang mengandungi peraturan hidup yang lengkap. Segala hukum hakam yang terdapat di dalam kitab yang terdahulu, terdapat juga di dalam al-Quran. Isi kandungannya, hukum hakam dan peraturan hidup lebih sempurna daripada kitab-kitab terdahulu. 2. Al-Quran adalah Kitab Petunjuk. Sesiapa yang mengkaji al-Quran dia akan mendapat pentunjuk. Orang Islam akan dapat petunjuk untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa. Orang yang bukan Islam, jika ia mengkaji al-Quran juga akan mendapat pentunjuk untuk menjadi orang baik, mendapat ilmu pengetahuan dan sebagainya. Dan paling tinggi sekali ia akan dapat petunjuk untuk memeluk agama Allah. 3. Al-Quran adalah Dustur Ummah. Iaitu perlembagaan bagi umat Islam. Perlembagaan bermaksud undang-undang asas. Selebih daripada itu adalah huraian Nabi Muhammad s.a.w. dan juga para ulamak. |
