Wahyu Budiwa Rendra
My blogs
Blogs I follow
| Gender | Male |
|---|---|
| Industry | Publishing |
| Location | Johor Bahru, Malaysia |
| Introduction | Menggunakan nama pena W.B. Rendra. Dilahirkan di Johor Bahru pada 15 Syawal 1399 Hijrah bersamaan 17 September 1978. Berkelulusan Bacelor Pentadbiran Perniagaan, UPM. Genre penulisannya ialah cerpen, sajak, pantun, rencana dan novel. Pernah meraih Hadiah Puisi Pilihan Sayembara Puisi Johor 2004 (Hadiah Tongkat Warrant). Menjadi Pembicara Ceritera Bersama Karyawan Sastera (Genre Cerpen, 2006) anjuran DBP Wilayah Selatan. Penerima Hadiah Penghargaan Puisi dalam Sayembara Penulisan Cerpen dan Puisi Kepenggunaan 2006 anjuran KDNdHEP dan GAPENA; hadiah kategori cerpen dalam Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP 2006. Penerima Hadiah Khas Juri menerusi skrip Dogma dalam Pertandingan Monodrama Negeri Johor 2007; Hadiah Sastera Darul Ta’zim(HSDT) ke VI kategori Cerpen Eceran; HSDT VII kategori Kumpulan Cerpen Remaja untuk Kumpulan Cerpen Mazhab Cinta(DBP,2008) anjuran Yayasan Warisan Johor. Penerima Hadiah Kategori Cerpen, dan Hadiah Kategori Puisi Sayembara 50 Tahun Merdeka anjuran DBP; hadiah genre puisi HSKU-ExxonMobil 2007; Anugerah Penulis Muda Johor 2007 oleh Persatuan Penulis Johor(PPJ). Emel : wbrendra@yahoo.com |
| Favorite music | Yanni, Julio Iglesias, Ebiet G.Ade |
| Favorite books | Cerita Saya, Nyawa Di Hujung Pedang, Kabus Di Perbukitan |

