PMFEP, UKM

My blogs

Blogs I follow

About me

Gender Male
Industry Education
Occupation Students Society
Location Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Introduction Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi & Perniagaan (PMFEP) merupakan sebuah persatuan pelajar Induk Fakulti Ekonomi & Perniagaan (FEP) yang berdaftar di bawah Bahagian Persatuan & Pengantarabangsaan, Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Terdapat 3 buah Kelab yang bernaung di bawahnya iaitu Kelab Perniagaan, Kelab Ekonomi dan Kelab Perakaunan. Ditubuhkan pada tahun 2004 iaitu selepas penggabungan Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Setiap mahasiswa/i yang mendaftar masuk ke FEP akan secara automatik menjadi ahli PMFEP. PMFEP telah banyak melahirkan pemimpin-pemimpin pelajar yang dinamik, berdaya saing, berketrampilan, bijak mengambil peluang serta berbakti kepada masyarakat. MOTTO 'Bersama Menjulang Martabat Mahasiswa' VISI Bertekad Manjadi Persatuan Mahasiswa/i Yang Terkehadapan Serta Menerajui Pembangunan Modal Insan Berkualiti Yang Berteraskan Ilmu, Iman Dan Amal. MISI Menzahirkan Mahasiswa/i Yang Berkepimpinan Contoh, Berkeyakinan Diri, Berkeperibadian Mulia, Berdaya Usaha, Berfikiran Kreatif Dan Inovatif Melalui Kepelbagaian Dalam Aktiviti Persatuan.
Interests Objektif penubuhan PMFEP:, 1. Mewakili kepentingan seluruh ahli dalam sebarang urusan dengan pentadbiran universiti., 2. Memberi pendedahan dan menjalankan kegiatan yang munasabah serta berkaitan dengan pembangunan modal insan demi meningkatkan kesedaran terhadap isu-isu semasa berkenaan ekonomi; perniagaan dan perakaunan., 3. Menjamin kebajikan pelajar dan kepentingan akademik., 4. Melatih dan meningkatkan disiplin di kalangan persatuan untuk melahirkan individu yang bertanggungjawab; berketrampilan dan berdaya saing.