al fakir abu 'ammar

About me

Gender Male
Location Malaysia
Introduction Penulis blog Mencari Tuhan ini adalah Kamarul Nordin. Beliau telah meneroka di bidang ICT selama hampir suku abad dan ianya adalah satu perjalanan yang amat melelahkan sekiranya dilihat dari sudut pembentukan spiritual. Kamarul bukanlah seorang penulis professional dan bukan juga seorang pemegang ijazah ilmu agama. Kesedaran spiritual beliau beralih arah dan mengikut tarikan Tuhan ketika sepenuh masa menjaga bapanya yang sakit menghadapi sakratul maut kerana penyakit kanser. Ketika inilah beliau bermula menulis blog menceritakan pengalaman spiritualnya sewaktu lapang menjaga orang sakit yang menunggu matahari terbenam. Kini bapanya telahpun meninggal dunia. Namun begitu atas semangat dan galakan teman-teman rapat, Kamarul meneruskan usaha untuk berkongsi pengalaman tentang perjalanan spiritual di dalam blog Mencari Tuhan.