Kraftangan Malaysia Perlis

My blogs

About me

Introduction Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis memulakan operasinya pada 1991 bertempat di Bangunan Pernama, Jalan Syed Alwi, 02600 Kangar, Perlis sehingga 1995. Bagaimanapun, pada 1996 ianya ditutup sementara bagi menyusun semula struktur organisasi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan kembali beroperasi setelah siap premisnya sendiri di Batu 5, Jalan Kuala Perlis, 01000 Kangar, Perlis pada tahun 1997. Operasinya hanya dilaksanakan sehingga 1999 kerana sejak itu perkembangan kraftangan di Negeri Perlis diletakkan di bawah Cawangan Kedah. Pada 2005 sehingga 2007 diwujudkan pula Pusat Inkubator Kraf di Negeri Perlis dan pemantauan operasinya masih di bawah Cawangan Kedah. Dengan perkembangan bilangan anggota kerja, sekali lagi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis mula beroperasi secara sendiri mulai 2008 sehingga kini.