Jamal Tommy
My blogs
Blogs I follow
| Location | Kuala Lumpur, Malaysia |
|---|---|
| Introduction | Jamal Tommy, dilahirkan di Muar, Johor, kini membahagikan masa di antara kerja pejabat dan hobi yang begitu mendalam dibidang seni lukis. Lukisan potret menjadi kegemaran sejak zaman kanak-kanak lagi, pensil 2b dan 6b merupakan medium yang digunakan pada masa itu. Mendapat pendidikan dari UiTM, Shah Alam selama 4 tahun di Jabatan Grafik, menamatkan pengajian pada tahun 1990. Perjalanan di bidang seni lukis terhenti hampir 20 tahun lebih kerana memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya dibidang pengiklanan sehingga kini. Kini bangkit kembali dengan minat yang begitu mendalam terhadap cat air. Impian tersebut direalisasikan pada 2011. Jari jemari kembali menari, menari dalam usaha mengembangkan bakat semula jadi dengan memberi tumpuan terhadap medium cat air hinggalah kehari ini. “Keajaiban Cat Air” itulah yang dirasakan ketika melukis, kita perlu menjiwai, menyelami subjek, kerana yang pasti hasil karya kita itu nanti akan bercerita kepada si pemerhati. Melukis dan terus melukis, kesilapan itulah guru kita. |

