VACMOTORCLANZ

My blogs

About me

Location Pekan, Pahang, Malaysia
Introduction Vac Motor Clanz secara rasminya dirasmikan pada tanggal 21 April 2007 di perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah Kuantan. Nama VMC diambil sempena kilang VAC yang secara tidak langsung adalah tempat kerja bagi kebanyakkan ahli-ahli kelab. Walaupun pada mulanya perkembangan kelab agak perlahan ditambah lagi dengan pelbagai masalah dalaman yang hampir mematahkan semangat ahli kelab, namun berkat kesabaran dan kerjasama dikalangan ahli kelab, maka ianya dapat diatasi dengan jayanya. Alhamdulillah.. Seterusnya kelab ini berkembang dengan beberapa rancangan lanjutan bagi menunjukan kewujudannya. Logo kelab dicipta, dan VMC Sticker diperkenalkan. Selaras dengan siapnya logo ditempah, VMC dirasmikan untuk julung-julung kalinya di Kuantan, Pahang Darul Makmur. Vac Motor Clanz memperjuangkan polisi kelab yang begitu komitmen & effektif hasil dari ideologi-ideologi yang tersendiri. Antaranya ialah memperjuangkan kempen "Say No To Rempits Campaign" serta "Belia Benci Dadah". Vac Motor Clanz mengutamakan disiplin serta komitmen dari semua ahlinya tanpa memilih bangsa, umur, status, agama, jenis kenderaan (kereta atau motor..) yang diguna serta lokasi.