Pak Ya

My blogs

About me

Introduction Yahya Md Yusof dilahirkan di Batak Rabit, Teluk Intan, Perak pada 9 hb. Oktober 1948. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit, Perak sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Mendapat Latihan perguruan di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru dengan pengkhususan dalam mata pelajaran Sains Pertanian dan Seni Lukis & Pekerjaan Tangan. Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia , Serdang, Selangor dan memperolehi ijazah B.Ed ( Agric. ) Berkhidmat sebagai guru selama 18 tahun sebelum menyambung khidmat di Jabatan Pendidikan Negeri Perak selama lebih kurang 14 tahun. Berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Teknik dan Vokasional selama 7 tahun sebelum dilantik sebagai Ketua Unit Penilaian dan Peperiksaan ( jawatan terakhir sebelum.bersara 2004 ).