Muzium Kraf Kuala Lumpur
My blogs
| Introduction | Muzium Kraf Kuala Lumpur terletak di Blok Seri Budaya di dalam Kompleks Budaya Kraf, Jalan Conlay Kuala Lumpur. Muzium ini diwujudkan agar masyarakat Malaysia tidak alpa pada asal-usul budaya masyarakat setempat, sebagai suatu rujukan untuk mendidik dan meningkatkan apresiasi terhadap kehalusan seni budaya kraf tempatan. Di dalam muzium ini terdapat galeri yang mempamerkan pelbagai teknologi ketukangan kraf. Proses pembuatan barangan kraf ini dipersembahkan dalam bentuk ‘diorama’ lengkap dengan sejarah, teknik dan peralatan kejuruteraan tradisionalnya sekali. Diorama yang dipamerkan antaranya pembuatan tembikar, tenunan songket, tenunan keringkan, tekatan, gerus, ukiran kayu, pertukangan perak, besi dan tembaga. |
|---|
