OK catering

My blogs

Blogs I follow

About me

Location Ledang, Johor, Malaysia
Introduction Othman Bin A.Kadir (OK) merupakan pengasas OK catering. Berasal dari Batu 18 Sengkang, Bukit Gambir Ledang Johor, beliau merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Memulakan kerjaya masakan setelah bersara daripada perkhidmatan awam. Bermula dari bawah, beliau mula mempelajari bidang ini sejak 1970-an lagi. Minat yang sangat mendalam, beliau mula serius dalam bidang ini setelah bersara dari perkhidmatan awam dan mula mempelajari lebih mendalam bekenaan penyediaan makanan sehinggalah bidang pengurusan. Atas tekad dan kesungguhan beliau, beliau memulakan perniagaan catering secara kecil-kecilan dan melangkah lebih jauh dan pernah menyediakan makanan untuk majlis rumah terbuka YB. Ir. Hj Hamim Bin Samuri ahli Perlimen Ledang seramai 5000 tetamu dan beberapa majlis-majlis lagi yang melibatkan orang kenamaan seperti Menteri Besar, Menteri kabinet dan Sultan Johor (Kembara Mahkota Johor). Alhamdulillah, berkat doa dan kesungguhan beliau kini OK catering telah berkembang menjadi salah satu perusahaan catering yang dikenali di daerah Ledang dan Muar.