mrsmkualaklawang
My blogs
| Introduction | Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang ditubuhkan pada 20 April 1987, yang dikenali sebagai MRSM Jelebu. Kampus ini mula beroperasi di bangunan sementara berhampiran dengan balai Undang di Pekan Kuala Klawang, berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu. Maktab ini mula beroperasi pada 14 April 1987. Pengetua pertama ialah Encik Bahari bin Ab Wahab. Selepas beroperasi selama kurang lebih tiga tahun, usaha untuk menubuhkan kampus tetap telah dilakukan. Hasilnya, pada 12 Februari 1990 majlis pecah tanah kampus tetap telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Encik Ghafar Baba di Ladang Jelebu, Mukim Gelami Lemi, Jalan Titi, Jelebu. Tanggal 2 Ogos 1993, MRSM Jelebu telah berpindah sepenuhnya ke Kampus tetapnya di Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang. Dengan perpindahan ini, MRSM Jelebu telah ditukar namanya kepada MRSM Kuala Klawang. |
|---|

