alhabbatu_kama

My blogs

Blogs I follow

About me

Gender Female
Links Wishlist
Interests Wahai langit...! tertanya aku tatkala siang, tika mentari menyuluhi, nyamannya desiran bayu, melambai-lambai dedaunan, indahnya pemandangan, resah rindu senyum riang, ke manakah bintangku.. ke manakah kau sekarang, ke manakah kau bersembunyi... sayang...tampakkanlah diri, rembulan sepi menyendiri, ditinggalkan bintang, kemanakah ku mencari... Wahai sayang...! tertanya aku tika malam, duniaku gelita tanpa cahaya, dalam meniti ujian sentiasa, dalam menggapai keredhaanNya, apakah makna ujian, apakah nikmat redha kau selitkan, mengapa kita diuji sayang? ya...ujian datang dan pergi, Allah memilihmu untuk diuji, Allah menyayangimu kerana itu diuji, Allah ingin memberi syurgaNya, fahami syukur dan redhalah berbahagialah orang yang diujiNya. Wahai sayang...! mengapa harus ada sedih dalam ujian, gelabah dalam ujian, prasangka dalam ujian, fahami dan nikmati ujian, redha syukuri memamah ujian, di sana ada limpahan pahala di sana ada saujana keinsafan, Allah menambah mutiara keimanan Allah memberi syurga kepada insan. lalu jangan ada sedih sebagai alasan, hanya perlu waktu memahami ujian. hanya perlu kesabaran menikmati ujian. Wahai sayang...! dalam meniti ujian, dalam membelai keredhaan, nikmati dan syukuri itulah jalan, maka segalanya menjadi indah, maka segalanya menjadi mudah, nanti tiada duri menikam jiwa, kelak tiada sekam membakar rasa, tetap senyum dihati dan di mata, moga ujian menghantar hikmahNya, moga ujian meniup roh takwa, membasuh luka dan noda leka, menghantar wangian amal agar bermakna kehidupan kita.