Aktiviti Smra Chuah

My blogs

Blogs I follow

About me

Location Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Introduction Merupakan sebuah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK). Bertempat di Kg Chuah Bukit Pelanduk, Port Dickson. Rata-rata pelajar datang dari kawasan berhampiran seperti, Kg Chuah, Kg Sawah, Kg Bukit Melintang, Lukut dan lain-lain lagi.
Interests Pada peringkat awal, penubuhan sekolah ini adalah untuk memenuhi keperluan pembelajaran anak-anak penduduk Kg Chuah dan kawasan sekitar. Penubuh awal sekolah diterajui oleh jawatankuasa masjid kampung Chuah iaitu Allahyarham Tuan Hj Mohd Said bin Hj Abdul Kasim merangkap penghulu kampong pada ketika itu. Sekolah ini ditubuhkan pada 3 mei 1959. Kedudukan sekolah terletak di dalam kawasan Masjid Kg Chuah berkeluasan kira-kira 2 ekar. Nama awal sekolah ialah Sekolah Ugama Menengah Rendah Chuah (SUMRA CHUAH). Pada asalnya para pelajar menggunakan bangunan masjid Kg Chuah untuk belajar. Bilangan pelajar pada waktu itu ialah 30 orang sahaja dan seorang guru iaitu Tuan Hj Harun bin Hj Lasim. Kebanyakkan pelajar pada ketika itu terdiri daripada penduduk sekitar Kg Chuah iaitu Kg Sawah, Kg Pachitan, Kg Bukit Melintang, Kg Janging, Kg Kuala Lukut dan lain-lain lagi. Bangunan asal sekolah ini merupakan bekas bangunan (papan) polis bantuan dari Tampin Linggi. Kemudian bangunan baru dibina pada tahun 1977 oleh penduduk setempat dan telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Port Dickson, En. Shahdan bin Abd Manas pada 23hb November bersamaan 12 Zullhijah 1397 Hijrah. Penghujung Oktober 1997 sekolah telah mendapat kebenaran menyambung bangunan baru tersebut untuk bilik pengetua dan juga bilik pusat sumber. Bangunan baru tersebut telah mula digunakan pada sesi persekolahan Januari 1998 di bawah pentadbiran Tn Hj Hashim bin Hj Gatot.