rajateromba
My blogs
| Gender | Male |
|---|---|
| Occupation | lecturer |
| Introduction | Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Rosli Saludin dilahirkan di Kampung Dioh Kecil Kuala Pilah Negeri Sembilan 25 September 1962. Pendidikan awal Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah B dan A dan Sekolah Menengah Zaba Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Melanjutkan pelajaran Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak. Meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda sastera dan Diploma Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. 1987, ditawarkan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan bidang pengajaran Kesusasteraan Melayu, Bahasa Melayu dan Sejarah. 1993 melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia memperolehi Diploma Psikologi Kaunseling.1996 melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia secara sambilan.1998 Sarjana Sastera diperolehi.2004 lulus Doktor Falsafah dalam bidang Komunikasi Tradisional Melayu Universiti Malaya. Sekarang menjadi Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak. Bidang Pengkhususan sastera Tradisional, Kesenian, Kebudayaan, Adat Melayu, Puisi Moden, Drama dan Teater Melayu. |
| Interests | terlibat juga dalam mempopularkan monolog teromba di seluruh Malaysia dan pembacaan Puisi Melayu Tradisional. Antaranya pembacaan pantun budi bahasa 25 jam dan pembacaan teromba 66 jam 53 minit kedua-duanya masuk dalam Malaysia Books of Record. terlibat juga dengan Muzium Adat, Muzium Budaya, Muzium Negara dan Institusi Adat di Negeri Sembilan dan Melaka sebagai juru rujuk. telah melahirkan CD Puisi Melayu Tradisional, lagu-lagu tradisional Melayu dan Seni Berteromba. |
| Favorite movies | Berpengalaman mementaskan beberapa buah drama seperti "Sirih Bertepuk Pinang Menari" dan kumpulan drama KOMSAS untuk rujukan sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Pernah berlakon beberapa buah drama pentas contohnya "Tradisi Perkahwinan Melayu, Petua Perkahwinan dan Berjinjang naik Bertangga Turun". Cuba membuat eksperimen menggunakan puisi dalam drama pentas secara menyeluruh misalnya "Merdekakah Kita III dan Gelora Jiwa Anak Melayu" arahan beliau sendiri. Pernah menulis dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, Berita Harian dan Utusan Malaysia. |
| Favorite books | terlibat menulis beberapa buah buku tentang pendidikan, drama dan teater, cerita lisan, teromba, ungkapan Melayu, Motivasi dan banyak lagi. Antara buku yang telah diterbitkan ialah "Anjung Teromba, Naning Luak Terbilang, Puisi Melayu Tradisional, Seni Berpuisi, Hari-Hari Mendatang Adat Perpatih, Nilai-Nilai Islam Dalam Teromba, Mencari Pengertian Teromba, Guru Bersahsiah Unggul, Nilai Pendidikan Dalam Cerita Lisan Melayu, Teromba Hubungan Dengan Pendidikan Kesusasteraan Melayu, Teromba Sebagai Alat Komunikasi Dalam Kepimpinan Adat Perpatih, Teromba Sebagai Puisi Melayu Tradisional, Penggunaan Kata-Kata Adat Dalam Pengacaraan Majlis, Penggunaan kata-Kata Adat Dalam Ucapan, Sastera Tradisional, Peribahasa Melayu, Amalan-Amalan Dalam Adat Perpatih, Penggunaan Herba Melayu. Pernah membentangkan kertas kerja dalam bidang berkaitan misalnya di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perpustakaan Negara Malaysia, negeri-negeri dan peringkat sekolah. |

