Dang Anum
My blogs
| Occupation | Educator |
|---|---|
| Location | Merlimau, Melaka |
| Introduction | SEK.MEN.KEB. DANG ANUM terletak berhampiran dengan bandar Merlimau. Jarak sekolah ini dari bandar Merlimau kira-kira 1.2 km , menghala ke bandar Jasin. Sekolah ini telah berusia 33 tahun. Di sini bermulanya nama Dang Anum.Keperluan pendidikan peringkat menengah begitu mendadak di kawasan Jasin Pantai pada awal tahun 60-an. Hasil desakan penduduk tempatan, pada tahun 1963, tertanam cerucuk tanda bermulanya sebuah institusi pendidikan peringkat menengah di kawasan ini. Setelah siap dibina, pada tahun 1965, lahirlah sebuah sekolah khusus untuk menampung pelajar-pelajar kawasan Jasin Pantai. Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah XXX atau Sekolah Menengah Lanjutan. |
| Favorite movies | Nama sekolah ini rupanya tidak kekal lama. Lagenda Dang Anum, anak Sang Rajuna Tapa (Bendahara Temasik) mula dibayangkan oleh pihak pengelola. Lagenda ini mempaparkan kegigihan serta keberanian seorang serikandi menghadapi cabaran dalam usaha mempertahankan hak dan kebenaran. Dengan berdasarkan sifat-sifat serikandi serta fungsinya menyediakan kemudahan asrama khusus untuk pelajar-pelajar puteri, Sekolah Menengah XXX ini kemudiannya dinamakan Sekolah Dang Anum. Bemula dengan bilangan tenaga pengajar dan pelajar yang kecil serta diterajui oleh seorang pengetua wanita, Dang Anum memulakan hidupnya menghadapi pelbagai cabaran dalam usahanya memberikan pendidikan kepada anak-anak penduduk tempatan. Dengan berbekalkan semangat gigih serta dedikasi, tenaga pengajarnya mula menggerakkan jentera khidmat dan bakti menanam ilmu pengetahuan dan nilai-nilai kerohanian ke dalam diri setiap anak didik mereka. Hari ini, Dang Anum sudah pun mencapai usia melebihi suku abad. Dia masih tetap serikandi... |
