DAQWAH

My blogs

About me

Location Wakaf Bharu, Kelantan, Malaysia
Introduction Pengenalan Darul Quran wal Hadith (DQWH) terletak kira-kira 4 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu . Sekolah ini terletak di Kampung Surau jalan Masjid Pasir Pekan dalam daerah Wakaf Bharu, jajahan Tumpat, Kelantan . Ia telah dibina dengan tidak rasmi sejak 45 tahun yang lampau bagi kemudahan para penduduk tempatan untuk mendalami agama, sesuai dengan tuntutan al –Quran . Ia kemudian didaftar secara rasmi pada 20 April 1996. Ia dibina di atas tapak tanah wakaf dan ditadbir oleh pihak tuan tanah berkenaan. Bermula, dengan pengambilan beberapa orang pelajar yang bersedia untuk mendalami ilmu secara ‘turasi’ atau tradisi dengan sedikit perubahan dari segi sukatan dan kurikulum selaras dengan keperluan semasa . Bermula dengan hanya menyediakan pengajian kitab, Darul Quran wal Hadith (DQWH) mengorak langkah dengan membuka pengajian tahfiz bagi melahirkan al-hafiz yang sememangnya menjadi asas kepada penguasaan ilmu Islam yang seterusnya .