yunos hj.omar

My blogs

Blogs I follow

About me

Introduction TANGGUNGJAWAB IBU BAPA SEMASA CUTI SEKOLAH Banyak cara dan kaedah yang boleh ibubapa memainkan peranan dalam memastikan pendidikan anak-anak mencapai tahap kejayaan yang memuaskan. Tindakan , perhatian, perbincangan , sokongan dan dorongan adalah faktor penggerak untuk anak-anak lebih berjaya dalam pelajaran mereka . Peranan ibubapa amatlah besar " IBU BAPA adalah guru kedua " bagi seseorang murid . Seorang kanak-kanak terutamanya peringkat rendah ini , tahap kebolehan mereka sentiasa berubah-ubah . Persaingan adalah sengit . Tanpa bantuan dan sokongan ibubapa di rumah , minat, kebolehan dan daya usaha seseorang kanak-kanak boleh menurun . Di sini peranan ibubapa amat penting sebagai pembimbing anak-anak menghadapi era pendidikan global yang masih panjang , berliku dan penuh cabaran ini.