Muhammad Faezuddin
My blogs
Blogs I follow
Gender | Male |
---|---|
Industry | Education |
Occupation | STUDENT |
Location | PARIT, PERAK, Malaysia |
Introduction | Assalamualaikum w.b.t~ Saya bukanlah seorng pendakwah, saya juga bukanlah seorang guru yang cemerlang, saya bukanlah seorang pakar motivasi, saya juga bukanlah seorang ustaz yang terkenal ataupun seorang imam masjid besar~ Saya sedar saya tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar orang lain~ Saya pun bukan bagus & baik sangat, selalu tidak lekang dari buat kesalahan & kesilapan~ Tapi saya cuma nak kongsikan sesuatu yang saya pelajari dalam hidup ini~ Namun jika apa yang saya tulis itu salah, silalah tegur~ Saya akan menerimanya seikhlas hati~ |
Interests | Sebagai umat Islam kita wajib percaya & yakin dengan Allah s.w.t~ Namun yakin & percaya adalah 2 perkara berbeza~ Ramai antara kita yang percaya pada Allah s.w.t, namun tidak ramai diantara kita yang benar2 yakin dengan kebesaran & kekuasaan Allah s.w.t.~ Seperti mana kita tahu, Iman manusia kadang-kala bertambah & kadang-kala berkurang, kerana kita manusia sering terleka & terlupa~ Oleh itu kita harus memperbanyakan bercerita tentang kebesaran Allah s.w.t bagi memantapkan lagi Iman didalam hati & menampung semula keiImanan yang hilang~ Rasullullah pernah bersabda : "sampaikan pesananku kepada umatku yang lain, walaupun hanya sepotong ayat~" Dalam zaman Rasullullah, para sahabat giat berdakwah bagi menyampaikan ajaran Rasullullah kepada orang ramai, pelbagai halangan mereka terpaksa tempuhi termasuklah dicecar, dihina & diugut untuk dibunuh. Namun mereka redha menerimanya & tetap meneruskan dakwah bagi menyampaikan kalimah Rasullullah~ Setiap hari Iman manusia akan sentiasa berkurang, dengan itu kita harus menceritakan lagi & lagi tentang kebesaran Allah s.w.t. bagi mengisi semula Iman yang telah berkurang. Sampai bila kita harus menceritakan tentang kebesaran Allah ? Ulamak ada menyebut, kita harus menceritakan tentang kebesaran Allah s.w.t sehingga ianya menjadi perkara rugi bagi kita, dengan kata lain menjadi kebiasaan oleh setiap masyarakat untuk menceritakan tentang kebesaran Allah s.w.t~ |