AyohNgoh1970

My blogs

Blogs I follow

About me

Industry Education
Occupation Teacher
Location Miri, Sarawak, Malaysia
Introduction Saya dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan di kampung yang juga banyak kurangnya dari sudut prasarana dan kemudahan-kemudahan. Berlampukan pelita ayam berdapurkan kayu api. Jarak rumah dengan pekan kurang lebih 20 km dan rumah agak terpencil daripada kawasan ahli qaryah yang lain. Pendidikan awal sememangnya, pendidikan agama daripada ayahanda tercinta, kemudian disampung oleh Tuan Guru Hamzah, imam masjid qaryah. Kemudian memulakan pendidikan secara formal di SK Benting Lintang dengan rakan sekelas 16 orang 10 perempuan 6 lelaki. Sekolah kami adalah sekolah yang agak kecil yang mana setiap darjah ada satu kelas sahaja. Namun ianya banyak mengajar aku erti kehidupan dan ilmu pengetahuan. Juga erti kepercayaan. Paling manis kenangan di sana ialah, aku adalah orang kepercayaan warga sekolah dan pihak pengurusan. Kunci kelas hingga ke bilik guru aku dibenarkan menjaganya dan bertugas untuk memukanya diwaktu pagi, hatta ke bilik guru besar pun aku dapat masuk dengan mudah. Makan percuma dikantin sekolah dengan kak cik dan abang wel jangan ditanya berapa kali, tak dapat dihitung terlalu kerap.
Interests Mencari seberapa ramai kenalan, membaca, memancing, menghabiskan masa di dapur dan banyak lagi
Favorite Movies Filem2 Komedi dan seram
Favorite Music Nasyid Islami
Favorite Books Buku Agama dan Motivasi