E-Man Dhani

My blogs

About me

Occupation Penulis
Location Selangor, Malaysia
Introduction Saya seorang warganegara Malaysia yang asalnya bukan seorang penulis tetapi telah 'menjebakkan' diri ke dalam dunia penulisan sejak tahun 2010 dan setakat ini telah menghasilkan bilangan buku seperti yang tertera di dalam blog ini dan pada tahun 2015, insyaAllah dua drama bersiri hasil tulisan skrip saya akan tersiar di tv3. Saya lahir pada bulan Jun, 1977 di Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan awal seperti kanak-kanak lain juga di sebuah sekolah tadika diikuti dengan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah. Saya amat bertuah kerana selepas berjaya di Kolej Islam Sultan Alam Shah, kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjanamuda dalam bidang Kejuruteraan Mekanik dan Bahan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya berharap dan berdoa agar dikurniakan lebih banyak lagi ilham untuk berkarya dan berjaya di dalam bidang penulisan bersama PTS dan terbitan buku dan drama di masa yang akan datang. Aminnnn :)