Hashim Alang Abdul Hamid

My blogs

About me

Location Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
Introduction adalah anak ke tujuh daripada lapan orang adik beradik maka digelar sebagai AYAHCU panggilan hormat@pangkat dalam kalangan anak-anak saudara. Lahir pada 25 Jun 1964 di Kampung Bukit Damar, Ara Panjang, Manong, Kuala Kangsar, Perak. Beberapa tahun selepas kelahiran keluarga berpindah dan menetap di Kampung Pauh, yang terletak di seberang sungai Perak. Bersekolah di SK Ara Panjang 1971 -1976, kemudian ke SMK Sultan Tajul Ariffin, Manong 1977-1981. Mulai 1982-1983 sambung belajar ke Tingkatan Enam di SMK Bukit Merchu Kuala Kangsar. Seterusnya belajar di USM, Pulau Pinang (1991-1998). Mula kerjaya di Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dan bertugas di LTAB Subang, Selangor 1985-1988. 1989 bertukar ke KDN dan bertugas di Pusat Serenti Bukit Mertajam hingga 30 September 1995. 1.10.1995 bertugas di Institut SEDAR, KEMAS dan 1.1.1996 di INFRA,KPLB Wisma Kim Seah, Jalan Puncak Off Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur. Mulai 1998 berpindah ke Kampus INFRA Bandar Baru Bangi. Mulai 1 Februari 2008 INFRA Cawangan Sabah beroperasi di Pejabat Cawangan di Plaza Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Melaksanakan pertukaran pada 16 Mac 2008.