:: Geng ExHabab98 ::
| Introduction | Blog rasmi milik otai-otai bekas pelajar SMK Tun Habab (STH), Kota Tinggi Johor kelas 98. Tapi tak kisahlah kalau-kalau ada kelas lain nak masuk, seperti kelas Tadika Kg. Bongek Tengah, misalnya. Tempat di alam maya siber ini bolehlah digunakan untuk memaparkan maklumat, berkongsi data, bercerita sok-sek sana sok-sek sini, politik setempat (mungkin siapa yang bakal jadi DO Kota Tinggi lepas ini, misalnya) dan sebagainya. Mengumpat dan kejian adalah dibenarkan dengan kadar yang rendah lemak. Caci-maki secara mesra adalah digalakkan tapi dalam kuantiti yang terhad dan dibenarkan oleh Persatuan Mulut Laser Malaysia. Serangan Molotov Coctail atau Virus berantai adalah tanggungjawab individu itu sendiri, tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau pun yang masih mati. Keluaran khas tahun dua-kosong-kosong-lapan ®. |
|---|
