Orang Kampung
My blogs
Location | K. Terengganu, Terengganu, Malaysia |
---|---|
Introduction | Kampung Gong Baru merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di dalam kawasan Kampung Gong Tok Nasek di Daerah Kuala Terengganu. Ianya mempunyai keluasan 10.7 hektar dan terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk. Sebelum ditukar nama kepada Kampung Gong Baru, kampung ini dahulunya dikenali dengan nama Kampung Atas Gong. Ini memandangkan kedudukan kampung ini yang terletak di kawasan yang tinggi dan kampung ini adalah salah satu kampung yang tidak dilanda banjir besar Bah Merah yang berlaku lebih kurang 100 tahun yang lampau. Selepas terselamat daripada tragedi banjir besar ini, penduduk kampung telah bersepakat untuk menukar nama Kampung Atas Gong kepada Kampung Gong Baru. Kebanyakan penduduk di kampung ini menjawat pelbagai jenis jawatan sama ada dalam sektor swasta atau awam. Sebilangan daripada mereka juga ada yang menjadi ahli perniagaan dan bekerja sendiri. Namun begitu, masih ada lagi sebilangan kecil penduduk yang menjalankan kegiatan sara diri sejak turun temurun dengan menenun songket dan menjalankan kegiatan pertanian. |