Zamri bin Wahid
My blogs
| Gender | Male |
|---|---|
| Industry | Manufacturing |
| Occupation | Tukang besi dan sarung parang |
| Location | Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia |
| Introduction | Moyang saya bernama Mat Tukang adalah seorang tukang sarung parang dan keris yang disegani. Banyak hasil kerjanya dibeli oleh Yam Tuan Besar dan Undang Luak Jelebu. Bagitulah kata orang-orang tua di kampung saya. Saya tak sempat berjumpa cuma dapat melihat hasil kerjanya yang halus dan berseni. Datuk saudara, Anak Mat Tukang ada seorang yang pandai membuat sarung parang iaitu Tok Empat Adnan. Tapi tak lah bagitu aktif. Bapa sudara, Cucu Mat Tukang ada seorang yang pandai membuat sarung parang iaitu dipaggil namanya Hashim, nama sebenar Yusof. bagitu aktif sekitar 80an dan 90an selepas pencen askar. Kebanyakan sarung parangnya berukir dengan motif tumbuh-tumbuhan. Sekarang masih hidup, tapi tak lagi aktif membuat sarung parang. Saya, Cicit Mat tukang sekarang ni dah 16 tahun membuat sarung parang dan menempa mata parang sekitar 5 tahun. Sayalah penyambung generasi Mat Tukang yang boleh membuat mata dan sarung parang. Satu kemuliaan bagi saya kerana dianugerahkan Allah bakat dan kepandaian ini. Semoga Allah anugerahkan pula bakat dan kepandaian tukang besi dan sarung parang ini kepada cuit Mat Tukang iaitu anak saya Muhammand Abqari. Perkenankanlah Ya Allah. |
| Interests | memancing, seni parang |
| Favorite movies | Filem perang yang menggunakan pedang |
| Favorite music | Yang teringat liriknya dan melodinya |
| Favorite books | Hidup sesudah mati oleh Bey Arifin |
